Salam semua. Ewah-ewah-ewah, mentang-mentang dah lama aku meng'anaktirikan blog ini, sudah ada yang mahu buat onar dengan sesuka hati komen bukan-bukan dalam entri lain? Dah tak takut dengan kak long besar ka?
Okay-okay, kak long ampunkan semua komentar-komentar yang berbaur carik gaduh disebabkan kak long begitu gumbira atas sambutan MyGMJ (Global March to Jerusalem) di Stadium Malawati yang begitu memberangsangkan, lebih-lebih lagi kak long sebagai floor manager malam tu, hewhew. Terima kasih semua lebih 10K yang datang.
Memandangkan mood kak long masih lagi cool, kak long nak kongsi resepi Kek Pisang dengan pembaca-pembaca kak long sekalian. Untuk pengetahuan korang semua, mengikut kata cikgu kak long, kilang kek pisang yang ada kat pasaran semua tu masukkan kulit-kulit pisang sekali masa buat kek tu memandangkan pisang-pisang tu semua ala-ala dah nak busuk. Sebab tulah kek pisang kat pasaran selalunya ada warna coklat-coklat gelap kan? itu semua kulit-kulit pisang hokayy. SELERA lagi tak nak makan?? Tak kannnn. Sila buat sendiri lepas ni.
Resipi Kek Pisang
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur
caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nampak sangat Copy-Paste resipi orang lain, siap ada background grey-grey gitew. Ini dia tuan resipi,
Iyalah, kak long kan dah clash dengan Chef Sherson Lian, sebab tu sekarang main copy-paste je resepi. *Choyy sangat halasann. Okay, selamat tidak membeli Kek Kulit Pisang di pasaran pembaca-pembaca semuaaaaa :D

No comments:
Post a Comment