Perempuan Kachak

Monday, March 14, 2011

Sibuk Menyibuk

Malas nak bagitahu kenapa dah lama tak update blog. Malas juga nak tiup sawang dan debu kat blog ni. Kejap lagi bersawang balik =.=" Hidup sekarang ni terlampau beraktiviti, sampai tak tahu nak update apa. Bangun tidur, buat sarapan, makan, sidai baju, tengok tv, tukar ps3, main game Chocolatier, kalau rajin sikit masak resipi baru. Haritu baru masak Baked Cheesy Macaroni. Tapi malulah nak tunjuk. Hangus sikit ditambah dengan keju Cheddar yang sepatutnya guna Mozarella. Nak buat macam mana, duduk pedalaman nak naik rakit bagai nak pergi kedai. Acah mak enon.

Ini serius! ingat main Chocolatier tu senang ke? Kena pasang strategy semua tahu. Kalau main ikut suka je konfem bankrup dan tak cukup duit nak run business.


Mula-mula pilih Story Mode, lepas tu buat profile baru dan design logo company & company name macam ni. Letak lah nama sendiri takpun nama cik abang pun boleh. Hehe




Lepas design logo company semua bolehlah mula main. Round seluruh dunia cari bahan untuk buat coklat.



Bolehlah beli bahan banyak-banyak kalau murah, kalau mahal boleh tawar-menawar. Tapi jangan sampai tokey marah buat muka bengis sudahh.



Dah ada bahan-bahan barulah boleh buat coklat okay :) Kalau dah banyak coklat yang siap, boleh jual dapat banyak duit. Pakcik Kayo!!



Kalau singgah Buenos Aires, ada professor offer beli lab dia untuk buat kajian tentang resepi rahsia buat coklat. Macam-macam perasa boleh cuba. Pergh..




Nampak tak bagaimana sibuknya aku selepas habis praktikal?