Perempuan Kachak

Thursday, February 3, 2011

#MasukDapur : Kerepek Pisang day!



Gong Xi Fa Chai semua! Kau ingat hari ini raya kau boleh lepak golek-golek depan Astro sambil makan nasi sambil baring depan tv? Boleh cuti-cuti sedap hati tanpa perlu menyapu lantai rumah? Ewah-ewah. Tak dapat punya!

Pagi-pagi tak sempat mandi pergi rumah nenek (macam jauh sangat, sebelah rumah je) bersiap sedia dengan sarung tangan dan senjata tajam seperti penjenayah yang membuat keji bersarung tangan agar tiada kesan cap jari. Bunyi memang nak gempak hari raya macam ini. Mood kena ada! ceh

Dah lama berpencen daripada dunia per'kerepek'an (ada ke dunia mitos itu?) akhirnya hari ini aku kembali untuk meneruskan legasi kerepek nenek sendiri. *bunyi tepukan gemuruh sanak saudara. Ada ke? Nasib baik tidak perlu menghantar adik lelakiku, Deklah yang baru balik daripada Kemboja semalam ke Bangi untuk sambung program dia, weh kau baru 18 weh mengada program sana sini luar dalam negeri, duduk rumah la! (bunyi-bunyi cemburu). Perlu ambil makcikku, Acik Eha yang pulang ke kampung dari Miri lagi, nasib baik di rumah ini ramai driver. Fuh selamat. Selamat kau kata? Pisang menanti.

Okay, sempena hari raya cina ini, aku akan berkongsi rahsia resipi Kerepek Pisang turun-temurun keluarga kitorang. Check this out!

1. Nenek cuma akan menggunakan pisang tanduk untuk membuat kerepek yang sedap.


*pergh, kepada ibu-ibu yang mencari bakal menantu diwajibkan membaca entri ini. theee


2. Selepas kupas pisang tersebut, terus sagat pisang itu secara serong-serong. Untuk pengetahuan semua, pisang tanduk sedap dibuat kerepek dengan potongan menyerong, dan potongan ini haruslah secara manual iaitu menggunakan tangan. Kenapa kerepek pisang kilang lain tak sedap? sebab mereka guna mesin untuk menyagat pisang, jadi, bila menggunakan mesin potongan pisang akan menjadi bulat-bulat kerana pisang disagat secara menegak. (Aiyyoo, susah betul nak blogging di sebelah Cikgu Bahasa Melayu, Acik Yayah, asyik kena kondem sahaja bahasa)



 3. Nenek cuma menggunakan air garam bercampur bawang putih yang diketuk dan disiram di dalam kuali semasa menggoreng kerepek.


 Kalau dah masak, angkat lah. Yay, siap!


Dah boleh timbang dan packing. :)

Sekian terima kasih.

Paling terharu bila belum habis buat kerepek, tiba-tiba ada customer datang nak beli kerepek, segar dari kuali. Oh, penat pun hilang. Seronoknya orang berniaga. Okay, tata, oh nak tahu harga? Rm13 untuk 1/2 kg harga baru naik, jangan salahkan nenek aku, salahkan kerajaan. Hee. Untuk order boleh contact aku. Haha. promote pulakkk. Okay, tata.

5 comments:

Izyan Lavender. said...

suke kerepek pisang!
tolong pos. hehe ;)

Perempuan Kachak said...

hehehehe.. :D boleh2. ngahaha. ktorg buat kecil-kecilan je. tp seluruh malaysia bleh order sbb makcik2 ramai, semua jd pengedar kerepek nenek.:D

wanacesh said...

wah bestnyer,,npk sedap nak jugak!!

Blogwalking sambil Up traffik,,

Hope Clementine said...

imaaaaaaaaa,,,aku terliur weyh..hahaha..ingt plak tme ko lepak bilik aku...kerepek berlambak ko bawak..hehehe..siyes terliur.....hehhe~

Perempuan Kachak said...

wanacesh: heehee, boleh order, xde hal:D

farish: haahahaha, nnti aku dtg kolej, konfem bwk kerepek. hehe, nk kasi kat lecturer n mentor skali. slama kat kolej tu xsmpt nk kasi mentor kerepek. segan lak. hehe:D