Perempuan Kachak

Wednesday, February 23, 2011

#MasukDapur : Resipi Spaghetti Carbonara



Gara-gara terpengaruh dengan chef kachak 5 rencah 5 rasa, aku pun masuklah dapur rumah sewa ini buat julung-julung kalinya selama 3 bulan bermastautin di Seremban. *bunyi tepuk tangan warga ofis. Mungkin kakak-kakak rumah sewa ini pun terkejut sambil menampar pipi masing-masing supaya tersedar daripada mimpi. Ini bukan cobaan okay, ini betul-betul dassyyyatt! 

Balik daripada ofis semalam sempatlah shopping bahan-bahan nak masak Spaghetti Carbonara. Kan dah kata ini rancangan 5 rencah 5 rasa. Mestilah bahan-bahan pun ada 5 sahaja. Dengan kos kurang daripada RM15.00 korang boleh masak sesuatu yang best untuk orang-orang yang tersayang. ececey

Resipi Spaghetti Carbonara Chef Kachak
untuk 5 orang makan (keturunan shrek)

1. 1/2 paket Spaghetti San Remo 500g (selalunya guna fettuccine untuk masak carbonara tapi kat kedai ni tak ada pula, sob sob)



2. 1 tin Carbonara pes Prego Cheese & Herbs (nak guna yang mashroom pun boleh)



3. 1 tin cendawan butang


4. 5 ulas bawang putih


5. Meatball, udang atau apa-apa sumber protien lain pun boleh tapi semalam aku guna sausage je, nak habiskan stok untuk minggu terakhir ini.



Cara-cara:

1. Mulakan memasak dengan bismillah, hehe, lepas tu mula rebus spaghetti (masukkan sikit garam) sehingga ala dente , (nak tahu dah ala dente belum, ambil satu spaghetti dan potong, kalau nampak tengah-tengah spaghetti tu warna putih & agak lembut, dah okay la tu. Jangan overcooked, tak sedap.
2. Tumis bawang putih yang dicincang dengan sedikit minyak atau butter sehingga naik bau. Masukkan sausage/meatball dan cendawan butang yang dihiris.
3. Masukkan satu tin pes Carbonara prego dan sedikit air. (buat macam aku, masukkan air dalam tin tadi goncang-goncang sampai tin bersih lepas tu tuang dalam kuali)
4. Kalau agak-agak kuah spaghetti tu macam kurang masin, tambah lah garam sikit, kalau suka pedas boleh tambah blackpaper.
5. Bila kuah dah sedap & mendidih, bolehlah masukkan spaghetti  yang dah siap direbus tadi. 
6. Kacau sebati sampai agak kering, dan hidang.

Taadaaaa!


Alhamdulillah, nasib baik jadi spaghetti carbonara aku, tak lah malu dengan kakak-kakak rumah sewa. Semua makan dengan gembira siap minta resipi lagi. Sebab resipi ini untuk 5 hingga 6 orang makan, banyak lebih. Pagi-pagi sebelum pergi ofis sempat panaskan sekejap untuk kasi budak-budak ofis rasa. Nah Kina & Fiza, nak resipi kann, lepas ni masak kat rumah biar abang-abang korang tak pandang rendah lagi. :D

Chef hensem, lulus tak nak berduet jadi hos 5 rencah 5 rasa?


ohhhh<3 nampak bulu kaki pun kachakk. XD

15 comments:

fiza said...

hahahaha...kak tolong la kak pic yg terakhir 2...hahahaha...
pape pun serius mmg sedap sangat...hehe
da sedap 2 pe lagi...buat la lagi skali..hehehe
thank for the meal... :)

Perempuan Kachak said...

hehehe, tengs ye fiza sbb makan dgn begitu gmbira, yg msk pun gmbira. :DD last day kat sini insyaallah akak msk g. :DD sedih lak nk tggalkan korg. sob sob. eley jeles la tu dgn bf baru akak yg comel ni. wkaka

Rinna said...

Hmm..sedapnyaa.. speggeti tuh.. One day nanti akak cuba ler plak resipi nie.. ringkas jerk.. :)

Perempuan Kachak said...

sis rinna, mmg senang pun, sbb tu reti msk. hahaha. cuba jgn xcubaa:DD

omeyfatin said...

besh!besh!besh!mcm mkan kt itali!deliciousss...hahahaha..penah kew???!! tanx kak sally...klo bley wat lg..waaa... xtaw malu plak kn...sy mesti cube resipi ini!!!(muke brsungguh2):O

Perempuan Kachak said...

kak omey!! jgn nk perasan muda sangat ehh pggil org kak sally. hahahahaha, oraiit, bersungguh-sungguh taw cuba. :DDD insyaallah nnti sblom mnggalkan seremban ini, buat la utk kali terakhir. sob sob. :D

Perempuan Kachak said...

kak omey!! jgn nk perasan muda sangat ehh pggil org kak sally. hahahahaha, oraiit, bersungguh-sungguh taw cuba. :DDD insyaallah nnti sblom mnggalkan seremban ini, buat la utk kali terakhir. sob sob. :D

Perempuan Kachak said...

kak omey!! jgn nk perasan muda sangat ehh pggil org kak sally. hahahahaha, oraiit, bersungguh-sungguh taw cuba. :DDD insyaallah nnti sblom mnggalkan seremban ini, buat la utk kali terakhir. sob sob. :D

E'in said...

sungguh kacak! ;p

Perempuan Kachak said...

memang kacak kann. eipp, jgn usha lama-lama. hahaha:DD

omeyfatin said...

hahaha!!!opps! salah yerk?..:)ala..bkn slalu pggl cm2.. ehm..lapala.. heeee..

Perempuan Kachak said...

hahaha, kak omey sengall.. :D siannye lapaa, kite ade roti ngan butter. nak tak??:))

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

ayat kat bwk sekali tue x blh blaaaa tue..huhuhuhuhu.

anda di TAG
KLIK SINI YEW SALIMAH

Anonymous said...

slipo dia camtu pon ensem gak...wuwuwu

Perempuan Kachak said...

kinakoyu: hahahahahaha, tu la pasall, xdapek nak nolonngg..:D

cik chinta: ahaha, ini dah lebih, slipar pun ensem. hahhah. saya setuju. * sambil angkat tangan mcm usop