Perempuan Kachak

Wednesday, April 4, 2012

#MasukDapur : Resipi Kek Batik 'versi rumah sewa'



Walaupun rumah sewa kaklong ada oven, hoot dapur, kabinet, peti ais, mesin basuh dan sebagainya, tapi kaklong memahami kawan-kawan kaklong yang majoriti duduk rumah sewa stinggan atau flat 'Anak Halal' yang api dapur pun belum tentu ada siap lipas terbang bermaharajalela menjajah dapur. Ahhaha. Jangan kecik hati ye, risiko-risiko untuk kecik hati apabila membaca blog kaklong haruslah ditanggung sendiri :p

Jadi, dengan segala keperihatinan kaklong sebagai masyarakat sejagat tiba-tiba rasa nak menyanyi lagu tema Bersamamu sambil hulur Beras Faeza Basmathi pulakk, haruslah kaklong sertakan resipi tanpa oven yang membolehkan kawan-kawan yang berumah sewa tiada oven untuk membuat kek juga. Kesian, sebelum ni kaklong cuma kongsi resepi kek oven sahaja, jadi hari ini kaklong berbesar hati nak kongsi resepi Kek Batik Marie Versi Rumah Sewa Ok, jom kita mulakan doplohratusempatribulima minit dari sekarang!





Kek Batik Marie 'Versi Rumah Sewa'

Bahan-bahan (1 loyang/bekas empat segi sederhana besar )

  • 1 bungkus biskut marie
  • *Setengah buku butter/margarine (tak wajibulghunnah)
  • *1 bar coklat masakan (tak payah pun boleh, guna semua milo)
  • 1 cwn milo (kalau tak guna coklat masakan, guna 3-4 cawan milo)
  • 1/3 cwn air
  • 3/4 cwn susu pekat manis

Cara-cara

  1. patah-patahkan dan panaskan coklat bar secara 'waterbath', tak pun direct api kecik jelah kalau lepas buat kek ni nak berkejar ke kelas Introduction to Business / E-Marketing pulak.
  2. selepas coklat masakan tadi mencair, campak milo, butter, susu pekat manis & air dalam periuk tadi.
  3. bila bahan coklat tadi dah sebati, masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan. Gaul rata, pastikan semua biskut disaluti coklat. (ikut sukahati, agak-agak nak coklat banyak, letak sikit je biskut)
  4. masukkan adunan dlm loyang/bekas. tekan adunan supaya padat. simpan dlm peti sejuk/ kalau tak ada peti sejuk simpan kat suhu bilik pun ok, tunggu semalaman, sebelum dipotong dan dihidang dan ditelan nyum nyummm.



Sekian, lepas ni bolehlah hantar rumah jiran bertukar-tukar lauk dengan harapan jiran hantar balik rendang tok wi atau kuih talam dua muka *macam lain je nama kuih ni?. Okay?? Renung-renungkan biskut marie dalam kabinet dan selamat beramal :)

4 comments:

Norzie said...

Sedapnya kek batik kak long.Nak sikit.

kaklong said...

hehee. boleh2, tukar dengan lasagna tau. :D

_14 februari 1990_ said...

biadappppp imaaaaa!!!!!!!!!! haha

ima said...

ahahahahahahahahahaahahahahahahahahahhahahaahahhahhahahahahhhahahaahahahah. takleh berenti gelak guling2. nmpk sgt entri khas utk ko azaa. miahaha. bila nk buatnya?? jum2