Perempuan Kachak

Thursday, May 20, 2010

#MasukDapur : Resipi Kek Coklat Kukus (Sukatan Cawan)



Hey, cuti menjelma. OH, cuti semester, iloveyouu. Bila cuti bermula, masing-masing mesti susun aktiviti nak buat kan? bagi aku, cuti aku masih belum bermula, adik aku, deklah still kat hostel, SMKA Maahad Hamidiah Kajang, dan ocen pula, di SM Islam Hira' kat Jeram. Ayah dan Umi kerja, nampaknya aku kebosanan lah duduk rumah dengan Jarah, itupun dia dah mula persediaan study kat KUIS, dan akan fly ke Mesir bulan September ni T_T. Oke, mukaddimah macam biasa dah satu perenggan.

Bila rumah tak ada line internet or line buat perangai, aku memang rasa macam nak bakar rumah. Sementara nak tunggu adik-adik cuti sekolah dan ayah ambil cuti untuk kami pergi holiday, aku rasa eloklah aku mencari idea untuk meningkatkan skill aku sebagai anak dara yang mungkin akan kahwin dalam 5 ke 6 tahun lagi. LOL. Well, memandangkan makcik aku tinggal seorang je lagi yang belum berkahwin, dan aku adalah cucu yang sulung, pastinya selepas giliran beliau, giliran aku pula. Haha, aku pun sudah membuat agreement dengan sepupu yang lain, "selagi kekma tak kahwin, korang jangan nak berangan nak kahwin" . Kejam bukan?

Okey, mukaddimah dah bertambah jadi dua perenggan nampaknya. Jom kita mulakan tajuk entri aku kali ini. Aku ingat nak belajar memasak, setakat masak lauk basic macam goreng ikan, tumis sayur,  ataupun dissert macam, dadih, popcorn dan puding caramel tu tahu lah. Tapi aku teringin belajar buat kek, Umi terer masak kek, dlu lah, zaman-zaman sebelum hijrah or sebelum masihi, sekarang tersangat lah busy dengan kerja beliau. Oh tapi tak apa, sekarang kan zaman moden teknologi multimedia berkembang pesat, search sahaja kat internet, dari resipi seringkas-ringkas kuih buah melaka, sehinggalah chicken cordon bleu ada kat dalam internet. Aku teringin nak belajar buat kek coklat kukus uii bunyi pun dah tersenyum riang sambil buat breakdance cacing-cacing dalam perut.

Search kat google, yess, banyak gila resipi kek coklat kukus ni, mana nak pilih, haa, eh resipi rendang dengdeng ni apasal boleh termasuk sekali ni, ishh. Ni macam best je, jom check it out..

ni resipi ambil kat sini.
RESIPI KEK COKLAT  KUKUS

Bahan-bahan ( 10 orang makan )


2 cawan tepung blue key
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara
1. masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar....
2. kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
3. then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk
4. didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40 minit


Oh my Gucci. Macam best gila kan, oke lah aku nak pergi kedai beli bahan-bahan dia. Nanti kalau dah siap, aku tayang kat korang oke, kalau tak jadi, siaplah kena kecam siapa yang bagi resipi nih haha. OKBYE.

Sunday, March 28, 2010

#MasukDapur : Resipi Puding Caramel


Lately, atuk tersangatlah suka makan pudding caramel, dan dia bukan manusia yang makan apa sahaja macam cucu dia,  dan expectation terhadap rasa makanan dia adalah level Chef Gordon Ramsey, mujur je dia tak lempar periuk setiap kali aku masak tak kena tekak dia. LOL. Tapi mimpi apa entah tiba-tiba dia suka puding caramel, jadi kita layankan jela ye. Ini adalah resipi tetap yang kitorang gunakan setiap kali masak puding caramel.

Bahan untuk puding:
5 biji telur ayam (kalau guna telur burung unta, ambil setengah biji sahaja)
1 tin susu sejat (suka hati nak jenama apa)
1 cawan gula pasir
1 1/2 sudu tepung custard
1 tutup vanila essen

Bahan untuk caramel:
3 sudu gula pasir
itu sahaja, sikit kan..

Cara-cara:
1 .Pukul ( belasah pun bolehh) telur sampai kembang
2. Masukkan susu sejat dan tepung custard
3. Tuang gula pasir perlahan-lahan dan kacau serentak (macam susah je bunyi, tak payah serentak pun boleh)
4. Masukkan satu tutup vanila essen (vanila essen oke, bukan tutup dia)
5. Ketepikan dulu, mari buat caramel.

6. Ambil loyang besi, tak tahulah besi atau logam, tapi make sure bukan tuppaware lah, nanti cair pula bekas tu.

7. Masukkan gula pasir sebanyak 3 sudu, nak lebih manis, tambah la 5 sudu ke, guna senduk pun bolehh.
8. Dekatkan loyang tersebut direct dengan api @ panaskan gula tersebut sampai kuning keemasan. Ala, macam resipi popcorn haritu.
9. Bila dah jadi caramel, masukkan adunan puding yang mula-mula kita buat tu dalam loyang tersebut. So, caramel tu duduk kat bawah @ dasar loyang je.
10. Panaskan pengukus, dan kukus sampai puding tu membeku.


Dah, sempoi gila resipi ni tapi sedap hingga menjilat loyang, resipi bujang punya. Pergi kedai sekarang juga. Hias ikut kreativiti okey. ^.^

Friday, February 19, 2010

#MasukDapur : Resipi Popcorn



Salam, haii. Harini nak kongsi cara-cara nak buat  Homemade Popcorn!
Serius senang gila nak buat, sambil baring pun boleh, okay itu tipu.
Mula-mula macam tak percaya juga adakah sesenang itu,  tapi bila dah buat sendiri, baru rasa ini betul-betul bukan cobaann. 
Okay cepat anak-anak ambik kertas dan pen, kita nak mula kelas memasak popcorn ni.

Bahan-bahan:
Jagung Kering
Gula
Butter atau Margerin

Itu sahaja, senang kan? Ok, cara-cara untuk memasak popcorn adalah seperti di bawah:



Langkah pertama:
Masukkan satu senduk minyak masak ke dalam kuali dan masukkan segenggam jagung kering (agak-agak semua kena minyak, tak perlu deep fry) dan tutup kuali dengan penutup transparent kalau ada, baru thrill nampak popcorn letup-letup. Guna api sederhana. Tunggu sampai popcorn habis meletup, angkat dan masukkan dalam bekas kedap udara.

Langkah kedua:
Masukkan satu senduk gula ke dalam kuali dan tunggu gula mencair/ caramelize. Sila guna api kecil kalau taknak berasap satu dapur. Lepas gula mula mencair sepenuhnya & mula berwarna emas, masukkan 2 sudu butter atau margerin dan kacau laju-laju sehingga berbuih, matikan api terus. Kemudian masukkan popcorn tadi dan kacau rata.

Kalau nak makan terus, boleh berhenti sehingga langkah kedua ni. Tapi kalau nak simpan atau nak jadikan popcorn tu lebih rangup, boleh sambung sehingga Langkah Ketiga:

Langkah ketiga:
Panaskan oven pada suhu 180' Celcius selama 20 minit, kemudian ratakan popcorn ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 20 - 40 minit bergantung jenis oven. Bakar sehingga rangup. Keluarkan dari oven dan sejukkan pada suhu bilik. Agak-agak dah sejuk, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Dah siap! selamat mencuba dan selamat beramal.
boleh la tengok cerita Rachael Ray malam-malam buta sambil makan popcorn.
:D

p/s: Dah pandai masak, pandailah basuh kuali periuk semua. Lagi satu, periuk yang korang buat caramel tu, kena basuh cepat-cepat sebelum gula tu keras, nanti susah nak basuh, kesian mak korang pulak yang kena basuh.