Perempuan Kachak

Tuesday, February 15, 2011

#MasukDapur : Resipi Macaroon Asas



Semua nak tanya pasal macaroon, semua nak tahu apa rasa dia, semua nak google macaroon, satu hari nanti macaroon akan jadi lebih famous daripada Hanis Zalikha atau Ariel Peterporn dalam engine pencarian Google. Percayalah.

Boleh juga nak dikatakan macaroon ini indah khabar daripada rupa atau indah rupa daripada rasa. Something like that lah. Bahan utama cuma gula icing dan putih telur. Nampak? Dengar bahan-bahan sahaja dah lebih kurang macam nak buat kuih Tahi Itik. oh tak, kuih Tahi Itik lebih sedap. 

Tauke macaroon sekarang ini boleh pakai helikopter macam Jejai, eh itu cerita lama, Jejai naik helikopter bawa cincin untuk Fasha penat fasha nak Sandha. Tapi sekarang tak, tauke macaroon lebih kaya.

Percaya cakap aku, macaroon kat luar sana yang dijual dengan harga tak masuk akal boleh dibuat dengan mudah dengan kos yang jauh lebih murah. Macam aku cakap tadi, eh tulis, err taip. Asas untuk buat macaroon ini cuma gula icing & putih telur. Yang membezakan antara satu sama lain cuma warna dan perasa sahaja. Suka hati nak letak filling cream cheese, caramel, atau coklat. Suka hati. 

Nak juga resipi dia? 

Nah ambik!


Bahan-bahan asas:

4 biji telur putih
350g gula 
150 gram serbuk almond
parutan kulit lemon dari 2 bijik lemon

Lepas tu ikut suka hati korang nak buat dia perasa apa, untuk masukkan kat dalam bahan asas tu. Nak warna warni ala-ala kanak-kanak riang, letak pewarna. 

Cara-cara:

Pukul telur putih sampai kembang dan masukkan gula.
Dah kembang & kental, bolehlah letak serbuk badam ke apa-apa perasa, pewarna.
Sudukan atau paipkan adunan atas loyang yang dah ditabur tepung jagung.
Bakar pada suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.

Dah masak, dia akan jadi keras, letak lah filling suka hati macam biskut oreo tu. Cuba lah. Aku tak boleh cuba sebab aku tak ada oven, lagipun aku tengah diet *konon, baekk punya halasann. Macaroon ni sangat manis okay.

Selamat mencuba. 

Sumber dari BERNAMA, eh silap. tuan resipi.



10 comments:

NARDtheNERD said...

sedapp ke ek macaron ni?..=))

Perempuan Kachak said...

biase2 je. macam makan meringue, mcm telur putih bakar, lebih kurang laa. tau x? sila google. hehe:D

tengs for reading dear:)

Misz-ella said...

Wah .. siap ada resepi. bagus ni imakacak. tp kakchik lbh suka beli, tak pandai 'baking-baking ni'. hihi ..

Perempuan Kachak said...

kakchik, tau xpe, xde lah suka buat macaroon ni, tapi dulu masa sebelum macaroon ni wujud, ada satu kuih raya ni sama rasa macam macaroon, sebijik! tapi cuma ada cornflakes n badam. lg sedap dr macaroon. nnti nak carik resipi die. btw, tengs for reading. :))

aishah said...

nampak sedap

adventure mama said...

saya da try 2 kalik masak..tapi fail...hehehe

cheekychubbycutegirl said...

bes ek 'kuih' tu.hahaha *baiklah,soalan terlalu kekampungan kan.hahaha

Perempuan Kachak said...

aishah faisal: nampak sedap, rasa pun agaakk la sedap. :) hehe

iedchan: yeke? maybe adunan tak cukup ringan kot. kalau xckup ringan, nanti jadi macam lempeng pulak. :D

ifnirsweet:haha, xde lah. :D bes sbb comel je. :D

aisya arifin said...

sedap tak? macam sedap je.kalau makan dengan ais cream sedap tak.HAAGHHAHA

Perempuan Kachak said...

sedap la jgak.. bleh ke mkn dgn aiskrim? cam xbleh je, hehe