Perempuan Kachak

Tuesday, June 6, 2017

Mati Hidup Semula

Assalamualaikum, adakah masih wujud orang? Atau sudah mereput semua setelah empat tahun berkubur?
😂😂😂

Ye betul, ibarat mati hidup semula tiba-tiba post entri baru. Entri terakhir adalah bertarikh:


Whatt? Jangan tanya adalah aku sudah menjadi "Better Me" ke belum, sedangkan umur sekarang pun bakal menginjak 27 tahun, KERTU HABIS! Yang pasti, dalam 4 tahun ini sudah banyak mengubah diri ini daripada segala segi, dari tak berapa kurus ke lebih berbentuk bulat, Okay tak kelakar. SILA JANGAN KECAM, kasi can la baru nak comeback ni. 😂

4 tahun yang terlalu banyak parut, koyak, dan air mata, yang walaupun memeritkan tetapi takkan sesekali buat aku kesal dan terlalu banyak kegembiraan, pencapaian, dan pengalaman yang perlu disyukuri dan aku harap tak membuatkan aku lupa diri dan lalai. 4 TAHUN ibarat 4 MINGGU lepas, aku yang hari ini adalah aku yang tak pernah dirancang 4 Tahun lalu. Alhamdulillah, aku rasa Allah terlalu baik dan pemurah kepadaku, Dialah sebaik-baik perancang :')

Sebelum ada yang bertanya kenapa aku mula menulis blog semula, baiklah terus aku senaraikan sebab-sebabnya:

4 SEBAB AKU MULA MENULIS BLOG KEMBALI (Korang pun boleh juga)

1. Mula merasa bosan dengan Social Media (SOCMED) yang semakin merapu
Kurang pasti adakah kerana faktor usia hampir ke usia emas atau socmed memang betul-betul merapu sekarang. Sedangkan buka whatsapp group pun aku malas dek terbayang spam jual beli dan sembang kosong, apatahlagi nak scroll Facebook. Hampir-hampir saja aku deactivate account Facebook, tapi memandangkan kadang-kadang aku perlukannya untuk log in Lazada, jadi hadap jelah walaupun kadang-kadang ter-pop-up jugak notification yang entah hapa-hapa. Aku mula merasakan masyarakat kita semakin merapu di socmed, tak kira di Facebook, Twitter atau Instagram, semua tidak menarik hati aku untuk terlibat aktif di dalamnya, akhirnya aku jadi silent reader sahaja. 

2. Extra Privacy untuk manusia bipolar macam aku
Aku tak pasti aku bipolar atau sekadar talam dua muka LOL. Tapi yang pasti aku baru menyedari bahawa diri ini sukakan privacy dan aku sedar aku adalah manusia yang berorientasikan FREE SPIRIT, nobody can rule me, kalau aku kata aku nak pindah Korea sekarang, sekarang juga aku beli tiket one way ke Seoul. Tapi aku sedar keperluan untuk bermasyarakat dan kebergantungan pada orang lain walaupun kubur lain-lain, tetap kita perlukan orang lain untuk masukkan kita dalam kubur tu, melainkan boleh masuk kubur siap-siap sebelum mati. Itu pun tetap kena minta tolong orang kambuskan tanah. Jadi aku bukanlah kera sumbang, ada waktu yang perlu bersosial,  aku akan cari kawan berjimba, tapi bila ada masa-masa yang aku perlu berseorangan, aku akan isolate diri. 4 Tahun meninggalkan blog dan bergelumang dengan socmed, akhirnya aku kembali ke blog kerana identiti di Blog lebih privacy dan lebih dekat dengan jiwa sebenar aku. Aku boleh menulis panjang lebar di sini tanpa perlu concern ada orang peduli, like atau komen.

3. Aku rasa aku lebih bijak menulis daripada berkata-kata
LOL, ini serius LOL. Siapa yang kenal aku di alam nyata pasti tahu, aku adalah manusia yang sampai tidur pun aku masih tak berhenti bercakap (mengigau XD), punyalah nak membuktikan yang aku memang murai tercabut ekor, tak reti diam. Team Kepoh Mak Jemah. Orang tua-tua kata, Banyak Cakap, Banyak Salah. Serius aku memang setuju dengan phrase tu, sebab aku selalu terover excited kalau bercakap, dan malangnya kalau bercakap laju aku selalu tersalah sampaikan mesej dan maksud aku. Lepas tu kemurungan sebab tak lega pun walaupun dah curhat. Jadi bila dah mula menulis ni, bolehlah mengarang panjang-panjang dan proof-read dulu. Kan?

4. Sumber CURHAT.
Nak cakap aku kesepian tapi sebenarnya macam tak sangat, tapi ada waktu-waktu yang aku betul-betul rasa sunyi lebih-lebih lagi aku bekerja sendiri sekarang dan duduk rumah family, jadi kadang-kadang aku perlukan peer-support yang aku tak jumpa di sini. Aku dikelilingi manusia-manusia yang berbeza latar belakang, usia, masalah dan dilemma. Di usia aku sekarang, kebanyakannya masih bekerja di pejabat, atau sambung master atau mungkin beranak pinak, tetapi aku bergelumang dengan  dilemma manusia dewasa dan kanak-kanak. Aku hidup bersebelahan rumah atuk, yang dihuni 6 orang ini:

- Atuk (70 tahun) yang masih belum Move On selepas nenek berpindah alam sejak 3 Ramadhan 2 tahun lepas
- Pakcik (33 tahun) (adik lelaki bongsu Ayah) bersama isterinya (33 tahun)
- Makcik (31 tahun) (adik perempuan bongsu Ayah) dan 2 orang anaknya Azka (5 tahun) & Azra (1 tahun) yang juga tanpa ditemani suami yang juga dah berpindah alam selepas tidak sampai setahun nenek pindah alam pada waktu itu Azra baru berusia 14 hari. 

Memandangkan rumah kami bersebelahan dan aku adalah cucu pertama, dan aku bekerja untuk syarikat sendiri sejak setahun lepas, jadi aku sedar yang aku adalah manusia yang paling boleh dan layak untuk diharapkan untuk tengok-tengokkan atuk dan makcik & anak-anaknya . Jadi hidup aku bergelumang dengan insan-insan di atas dengan tambahan ahli keluarga sendiri : Umi, Ayah, Adik Perempuan yang tengah tunggu HO, dan Adik Bongsu yang tengah tunggu panggilan kerja.

Boleh bayangkan? Siapa yang mahu dengar curhat aku yang mungkin masih keanak-anakan berbanding masalah/struggle masing-masing yang jauh lebih besar.

Aku sedar keperluan untuk bersyukur, lalu aku pilih blog untuk dengar semua curhat aku. Boleh tak? :')



No comments: