Gara-gara terpengaruh dengan chef kachak 5 rencah 5 rasa, aku pun masuklah dapur rumah sewa ini buat julung-julung kalinya selama 3 bulan bermastautin di Seremban. *bunyi tepuk tangan warga ofis. Mungkin kakak-kakak rumah sewa ini pun terkejut sambil menampar pipi masing-masing supaya tersedar daripada mimpi. Ini bukan cobaan okay, ini betul-betul dassyyyatt!
Balik daripada ofis semalam sempatlah shopping bahan-bahan nak masak Spaghetti Carbonara. Kan dah kata ini rancangan 5 rencah 5 rasa. Mestilah bahan-bahan pun ada 5 sahaja. Dengan kos kurang daripada RM15.00 korang boleh masak sesuatu yang best untuk orang-orang yang tersayang. ececey
Resipi Spaghetti Carbonara Chef Kachak
untuk 5 orang makan (keturunan shrek)
1. 1/2 paket Spaghetti San Remo 500g (selalunya guna fettuccine untuk masak carbonara tapi kat kedai ni tak ada pula, sob sob)
2. 1 tin Carbonara pes Prego Cheese & Herbs (nak guna yang mashroom pun boleh)
3. 1 tin cendawan butang
4. 5 ulas bawang putih
5. Meatball, udang atau apa-apa sumber protien lain pun boleh tapi semalam aku guna sausage je, nak habiskan stok untuk minggu terakhir ini.
Cara-cara:
1. Mulakan memasak dengan bismillah, hehe, lepas tu mula rebus spaghetti (masukkan sikit garam) sehingga ala dente , (nak tahu dah ala dente belum, ambil satu spaghetti dan potong, kalau nampak tengah-tengah spaghetti tu warna putih & agak lembut, dah okay la tu. Jangan overcooked, tak sedap.
2. Tumis bawang putih yang dicincang dengan sedikit minyak atau butter sehingga naik bau. Masukkan sausage/meatball dan cendawan butang yang dihiris.
3. Masukkan satu tin pes Carbonara prego dan sedikit air. (buat macam aku, masukkan air dalam tin tadi goncang-goncang sampai tin bersih lepas tu tuang dalam kuali)
4. Kalau agak-agak kuah spaghetti tu macam kurang masin, tambah lah garam sikit, kalau suka pedas boleh tambah blackpaper.
5. Bila kuah dah sedap & mendidih, bolehlah masukkan spaghetti yang dah siap direbus tadi.
6. Kacau sebati sampai agak kering, dan hidang.
Taadaaaa!
Alhamdulillah, nasib baik jadi spaghetti carbonara aku, tak lah malu dengan kakak-kakak rumah sewa. Semua makan dengan gembira siap minta resipi lagi. Sebab resipi ini untuk 5 hingga 6 orang makan, banyak lebih. Pagi-pagi sebelum pergi ofis sempat panaskan sekejap untuk kasi budak-budak ofis rasa. Nah
Kina &
Fiza, nak resipi kann, lepas ni masak kat rumah biar abang-abang korang tak pandang rendah lagi. :D
Chef hensem, lulus tak nak berduet jadi hos 5 rencah 5 rasa?
ohhhh<3 nampak bulu kaki pun kachakk. XD