Tajuk entri nak gempakz meletup bergabung sahaja. Selasa malam Rabu mesti berebut remote control nak tengok cerita apa. Nasib baik rumah sewa di Seremban ini tak ada Astro macam kat rumah nenek, kalau tak mesti lat tali lat tamplong dengan atuk yang nak tengok hindustan, nenek yang nak tengok Aya Aya Cahayaa Sinetron dengan Paman Iman yang nak tengok bola duapuluhempatjam. Huh.
Tengoklah ni. Glee start pukul 8.30pm sampai pukul 9.30pm di Ntv7. Walaupun ulangan punya, nak tengok juga! nak juga tak kira!
*klik untuk bertukarr!
Hani pula start pukul 9.00pm - 10.00pm di TV3. Nampak tak bertindih tv show macam mana. Iklan sahaja tukar channel, iklan sahaja tukar channel sampai remote control jammed. Terpaksa tukar channel guna kaki.
*klik untuk bertukarr!
Tiba-tiba buka 8tv ada Ghost Whisperer pukul 10.30pm sampai pukul 11.30pm. Eh eh, new season pula tu. Ini tak boleh jadi! Kena beli 3 tv supaya dapat tengok cerita kesukaan masing-masing macam kat rumah nenek, finally kitorang hidup happily ever after bersama tv masing-masing.
*klik untuk bertukarr!
Chopp! tunggu, disebabkan nak kumpul duit buat capai azam tahun baru yang ke 3 err ke 4 err eh suka hatilah, untuk beli DSLR, jadi tak perlu beli tv lagi okay. Tonton rancangan kegemaran anda di sini. TONTON
*klik untuk bertukarr!
Log masuk ke tonton.com.my kalau belum register, register dulu.
*klik untuk bertukarr!
Isi form dan kemudian register. Yay.
*klik untuk bertukarr!!
Berjaya! jadi kan boleh hidup happily ever after juga dengan tonton :) dah jangan rebut-rebut remote control lagi pergi tidur awal sekarang!






2 comments:
wah. iklan skali ni. datuk farid kn bg royalti sket :P
haaha, untungg laa datuk farid bagi royalti. harapkan datuk sndiri je. ahaaha:D
Post a Comment