Perempuan Kachak

Tuesday, January 25, 2011

Entri khas untuk peminat korea

Biasalah, zaman sekarang ni dah ramai buka mata nak tengok cerita korea, dah ramai buka telinga nak dengar lagu korea. Untung laa, zaman-zaman dulu, dua tahun sebelum ini, tak glamor pun korea-korea ini, channel korea pun cuma ada KBS World. Ciss. Lagi menyampah bila tengok drama korea kat 8tv yang dah diubah suara jadi mandarin. Oh sakit hati. Beruntung sungguh bila menginjak ke tahun 201+ sudah ada kemudahan di hujung jari, terima kasih Astro kerana meng upgrade servis. Apa lagi, yang belum tukar ke Astro Byond tu cepat lah tukar. :)







Ya, untuk anda yang gila korea, adalah diwajibkan untuk upgrade Astro anda ke Astro Byond kerana channel One HD yang sungguh menakjubkan. Percayalah, sumpah gempakz gilaa meleleh air liur tengok ChanSung 2pm dalam gameshow siap boleh nampak setiap kedut dan kecomelan beiau dengan begitu jelas, wwoohh lupa pula HD rupanya. Ngehngehngeh. Rugi siapa tak dapat tengok channel ini. Ish ish ish.

Oh ya, lupa nak beritahu, kelebihan One HD daripada KBSW adalah isi rancangan dia lebih up-to-date. Semua drama korea yang latest dan terbaik sahaja yang akan disiarkan dan yang paling best sekali adalah channel One HD ini boleh mengubah suara dan translate banyak bahasa, kelakar gila tengok drama korea cakap melayu, omaigod terus rasa nak rempuh tv untuk bercakap dengan hero drama yang jambu dalam bahasa melayu. GOSH. 

Lagi satu, di One HD anda tidak perlu menonton rancangan yang tak menarik seperti KBS News seperti yang ada di channel KBSW dan aku jamin, anda akan terlupa nak tukar channel KBSW sebab dah melekat tengok One HD. Teringat zaman mula-mula tengok One HD tahun lepas cerita My Girlfriend is Gumiho terus jatuh cinta dengan One HD sampai sekarang. Sudah hampir genap setahun menjadi pelanggan setia Astro Byond *eh bukan aku yang bayar, bukan aku, sigh.



Selain One HD, banyak lagi channel HD yang ditawarkan secara percuma apabila anda upgrade ke Astro Byond seperti Star Movie HD, HBO HD, AXN Byond HD, AXN HD, Asian Food Network HD, Supersport HD, ESPN HD, National Geography HD dan banyak lagi mengikut terma dan syarat. Sekarang anda boleh mengalami impak sebenar menonton seperti di hadapan mata, fuhh memang real! Lagi-lagi kalau golongan-golongan lelaki yang gila bola, bila dapat ESPN & Supersport HD memang tak payah pergi stadium lagi. Pergh.



Lepas ini bolehlah lambai-lambai kat Subkhiddin Salleh yang jadi international referee kat padang bola, manalah tahu dia lambai balik. Heh :) 


Apa lagi upgrade lah sekarang.

4 comments:

natrahmohdsaid said...

sy x tuka lg la..huhuh

Perempuan Kachak said...

natrahh, suh la parents upgrade. seronok gila tgok drama korea kat One HD

Unknown said...

haha..my fren un minat giler kt k0rea..
sampai nk kawen ngan jae j0ong..

Perempuan Kachak said...

caqluf: haha, same la, skrg ni sume dah start gila kat korea. yelah, comel2 gila, tp byk buat plastic surgery kan. heee

btw, thnks for reading:)