Perempuan Kachak

Monday, February 7, 2011

10 perkara penting untuk pemandu wanita

Entri ini ditujukan khas kepada wanita-wanita yang memandu kereta seorang diri. :) Biasalah perempuan lagi-lagi aku ini yang cuma reti masuk gear, tukar gear, turunkan handbrake, tekan minyak tekan brake okay dah sampai. Itupun kereta AUTO, kalau manual confirm empat kali thaipusam baru sampai destinasi.

1. Reti baca meter. Biasanya meter minyak dengan kelajuan sahaja tahu kan? Satu lagi meter yang perlu anda tahu adalah meter temperature. Ini kerana apabila temperature naik akan mengakibatkan kegagalan enjin untuk berfungsi. Kadang-kadang sampai tak boleh start enjin pun. So make sure jarum meter menunjukkan kurang daripada setengah. Kalau temperature dah mula nak naik, better matikan enjine dan rehatkannya selama satu jam, sempat pergi shopping tahu, nama pun perempuannn.



2. Ada simpanan air botol. Masih berkait dengan temperature, biasanya kalau temperature naik maksudnya air kurang, jadi pastikan ada simpanan air kosong botol besar di dalam kereta untuk menambah air dalam enjin. Jangan pergi bantai letak air bandung ke air tebu pula. Ha, lagi satu, kalau enjin masih panas, jangan terus isi dalam tempat simpanan air dalam enjin tu, tapi siram luar enjin tu dulu untuk menyejukkannya dulu.


3. Pastikan handphone berfungsi. Yang guna prepaid tu pastikan handphone anda ada kredit, yang guna postpaid tu pastikan talian tidak dipotong sebab overlimit macam aku, ahh kantoi. Lebih parah apabila handphone anda kehabisan bateri semasa memandu, macam aku juga. Aish, tahu tak betapa bahayanya apabila anda memandu dan handphone tidak berfungsi? Kalau-kalau lah ada kecemasan seperti kemalangan dan kegagalan kenderaan untuk berfungsi, kan tak pasal-pasal tanggung seorang diri. Lagi satu, mesti mak korang ada nak kirim kicap kipas udanglah, garam bukitlah, lepas tu handphone mati, tak pasal-pasal juga kena bebel bila dah sampai rumah. *itu biasa bagiku.



4. Catat nombor berharga. Nombor berharga tu bukan nombor ekor, astaghfirullahalazim, haram tu. Nombor-nombor seperti nombor telefon tow truck, nombor telefon bengkel-bengkel kereta dan servis kereta mesti simpan untuk hal-hal kecemasan. Selalunya dekat kereta ada tampal sticker reminder untuk servis kereta mengikut mileage kan, jadi pandai-pandai lah tengok meter mileage tu, agak-agak macam dah cecah masa untuk servis pandulah dengan lebih berhati-hati.

5. Kunci kereta semasa memandu. Kepada pemandu-pemandu yang memandu kereta bukan autolock, maksudnya yang kena kunci secara manual, jangan lupa lock kereta semasa memandu, sangat-sangat bahaya kalau tak kunci kereta lebih-lebih lagi apabila berhenti di lampu isyarat. Macam-macam boleh berlakuu.

6. Letak benda-benda penting di tempat yang mudah dicapai. Handphone & dompet kalau boleh letak kat sisi, tak payah gedik-gedik nak safety sangat letak dalam boot kereta karang nak bayar tol memalukan diri keluar kereta buka boot bagai. Cukup selamat kalau letak dalam dashboard sahaja.

7. Jangan kerap berhenti apabila memandu berseorangan. Kalau boleh tak payah singgah mana-mana atau tak payah turun kereta bila memandu seorang diri. Iyalah kita kan perempuan, bahaya keluar seorang-seorang. Jadi, kalau nak makan, boleh lalu drive-thru yehaa. Kalau boleh, nak isi minyak pun cari tempat yang pekerja dia isikan dan bayar lalu tingkap sahaja. Bukan malas, bahayaaa.

8. Sediakan gula-gula supaya tidak mengantuk, iyalah bawa kereta masa mengantuk memang sangat bahaya. Kalau nak lagi best pergi drive thru, confirm tak mengantuk. Tapi janganlah sesekali makan nasi bungkus lah, lontong lah, soto bagai semata-mata nak hilangkan mengantuk. Gula-gula pilihan aku ialah Eclips hijau.



9. Jangan tumpangkan orang yang tak dikenali. Bukannya suruh jadi tak baik hati tapi zaman sekarang ni kan banyak taktik rompakan melibatkan pemandu kereta. Kalau nampak siapa-siapa tahan kereta, tak kira kanak-kanak ke, awek seksi ketiak licin ke, janganlah berhentikan kereta. Lagi-lagi kalau kak limah balik rumah yang tahan kereta. Eeee..



10. Perkara terakhir yang patut perempuan ada semasa memandu adalah sediakan Sunglasses semasa memandu. Selain membantu untuk mengurangkan silau semasa memandu, nampaklah stylo sikit baru lah masa nak bayar tol, akak tol tu jeling jeles tengok sunglasses Rayban uptown korang tu.




Okay, selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya. :) 

duit raya? angpow?

15 comments:

Elyza said...

haha..bagus2 tips nih..1 lg tips,pastikan anda tahu menukar tayar kete sendiri in case pancit..hoho

Perempuan Kachak said...

hehe, betul2, tapi bahaya perempuan tukar tayar sndiri. ima rasa better call someone utk ambik kita tyme situasi tu. haha, klau xde org, bleh tukar sndiri. hee. xpun keluar kereta, usha dulu ade org ke x, klau xde, cepat2 tuka, kalau org lalu je, masuk balik kereta. hahaha

sicKo^ said...

tips2 camni, bukan untuk pemandu wanita jer.. lelaki pun kena ikut gak..

Perempuan Kachak said...

lelaki kan expert bawakk. dah konfem2 tau basic2 camni kan,:D

btw, tengs for reading.

Pja Ismail said...

HAHAHAHA. Tips yang ke 10 tu boleh pakai ke? Kang akak tol jeles pulak tengok stylo mylo sgt! haha. ;p

But semua betul. Kena always berhati-hati while drive alone.

Perempuan Kachak said...

pja, hahhaaha, tips ke 10 tu bonus. hehe. kasi jeles akk tol tu.:)

tengs for reading

Misz-ella said...

very nice n3. thnks for posting this ya.

aaron aziz said...

paling penting sekali jgn bawak slo2 kalu lampu kuning dan sila bagi signal kalau nak belok


sekian

mariatul_m0hamadiah said...

hahaha... tak boleh blah. rayban uptown. huahuahua...

shayerrr said...

pasni kena gi uptown ar...nak cari yg stylo2 skit...haha

Perempuan Kachak said...

ella: hehe, tengs for reading too.

aaron aziz: okay2 betul tuu, lmpu kuning mknanya ready utk brhnti, bkn ready utk pecut. haha

maria: haha, ade la tuu, tu yg gelak kann. baik mngaku.;p ahaha

qieranna: okay2, gudluck ye, berhati2 memandu ke uptown:D

munna said...

part yg letak hanphone kat tempat senang capai tu yg penting...klu tak telefon bunyi mesti susah nak cari...

Perempuan Kachak said...

sis munna: hehe, tau xpe, kalau salah letak, memang meraban lah teraba2 cari hp. :)

btw, tengs for reading.

Liza @ Adzriel AB said...

jenguklah blog ni tentang kereta

http://res2supply.blogspot.com

Perempuan Kachak said...

orait, tengs adzriel