Perempuan Kachak

Tuesday, February 22, 2011

#MasukDapur : 5 Rencah 5 Rasa

Orang tua-tua cakap, perempuan atau anak dara mesti selalu masuk dapur. Kena pandai masak, kena pandai kemas dapur bla bla bla. Dari aku bayi sampai sekarang, itu sahaja yang kerap aku dengar daripada mulut orang-orang tua. Tapi percaya tak, umi tak pernah mengajar masak kat kitorang adik beradik? Nasib baik masing-masing reti masak la jugaa. Okay, aku mengaku, aku cuma pandai masak sambal, lauk kicap, dan western food tak dilupakan makanan segera. Cuba kasi aku masak gulai, kari, asam pedas, gerenti jadi makanan kucing. Percaya tak, adik lelaki aku yang akan memasak jika umi tak ada? Sila masuk meminang dia sekarang.

Aku bukan tak tahu masak, setakat spaghetti bolognese,  fettucine carbonara, lamb shoulder steak, dessert puding caramel, puding cocktail, popcornchocolate moist cake, aku reti laa. Tapi kalau bab-bab masak gulai lemak, kari ayam, asam pedas ikan pari aku mesti failed punya. Salah satu sebab adalah bahan yang banyak jenis bagai, daun kesum daun kantan daun kari daun terup semua ada. Minta maaf bakal suami orang nogori, orang utara atau orang pantai timur. 

Tapi bukankah dengan 5 rencah sudah mencukupi untuk 5 rasa? 





Ouhhh, *tangan di dada, mata berkaca-kaca*





Mak aih, kalau macam ini punya chef, jangan kata gulai lemak cili api, kari kangaroo pun settle, menonong je masuk dapur. Okay, berazam untuk cari suami pandai masak & kachak, baru semangat nak masuk dapur. Baru la masak sedap menjilat hingga ke siku. 

kiang!

13 comments:

dwatyKNY said...

suka rancangan ni.... dia masak simple jer...

Perempuan Kachak said...

kan kan kann. dah la comel. ngeee:DD

Puan Nurussalwa said...

huhu~ ade jugk camtu ek.. so, lelaki sekrang kalo x pandai masak, kire kurang pakej la kan?? hihi

Perempuan Kachak said...

cik nurussalwa, ye betul tu. haha, perempuan zaman sekarang kan dah bekerjaya, kalau kita outstation, boleh la laki yg masakkan utk anak2, xyah ambik bibik. hoho, berangan lebih!!

Zura Tahir said...

xsuke masak tp suke tgk rancangan memasak...

Perempuan Kachak said...

zura, xpe, cepat2 cari calon pandai memasak. hehe:DD

Leyha said...

comel :D . saya teramat suka lelaki yang pandai masak . hehhe :D

Perempuan Kachak said...

LehaMY, siapa tak suka lelaki pndai masak? sume suka tauu. lg2 comel cmni. haha:D

hamzah ian said...

pergh.. tak pernah lg sempat nk tgk.. hoho

Perempuan Kachak said...

hamzah, tengok tau pasni. lauk bese2 pun jd sedap. haha.

xcyber said...

hu8hu suka jugak tngok rancngan nih
best2..sngt menarik

Perempuan Kachak said...

xcyber. bagus2, laki pun skrg kne pndai msk kann, nnti wife keje, spe nk msk? bibik msk xsdap. hehe

Qryz said...

aku suka tgk ian masak...bez sgt!