Perempuan Kachak

Thursday, February 24, 2011

Sisa-sisa masa

Shut up no shut up (diam tak diam), dah tiga bulan duduk Seremban. Untuk sesiapa yang baru terbaca blog ini, aku akan review balik macam mana aku boleh tercampak ke negeri orang ini. *blah lah weyy, negeri sembilan je kott.

Once upon a time,
Seorang pelajar semester akhir Kolej Professional Mara Beranang mencari tempat untuk Latihan Industri atau praktikal untuk kos perakaunan selama 3 bulan. Memandangkan pelajar itu adalah anak jati selangor kacukan nogori sombilan, seluruh selangor telah dijejaki dan di survey mana tahu kot-kot ada tempat praktikal. Tetapi apakandaya disebabkan tindakan last minute pelajar tersebut kerkial-kial menelefon semua Audit Firm, Accounting Firm akhirnya menemui jalan buntu. 

Disebabkan pelajar itu adalah kacukan nogori sombilan, terdetik di hati pelajar tersebut mencari firma untuk berpraktikal di Seremban. Pada suatu hari seorang kakak sekelas pelajar tersebut, Kak Jan bukan nama sebenar mengajaknya menemani ke sebuah firma di Seremban untuk menghantar resume, dan dia menyuruh pelajar tersebut menghantar resume sekali memandangkan pelajar tersebut masih belum mendapat tempat. 

Tuah menyebelahi mereka dan firma tersebut bersetuju menerima mereka sebagai pelajar praktikal. Disebabkan pelajar tersebut seorang anak manja yang mengada-ngada walaupun seorang anak sulung, dia tak nak duduk rumah sewa bersama dengan Kak Jan yang berada di belakang ofis. Mujurlah ikatan saudara-mara yang kuat antara pelajar tersebut dengan sepupu ayahnya seorang akauntan di Audit Firm berdekatan membolehkan dia menumpang teduh selama 3 bulan. Rumah sewa 2 tingkat 4 bilik di Taman Tasik Jaya Senawang itu menjadi rumah kedua pelajar tersebut yang didiami oleh makciknya, si akauntan, seorang pegawai kesihatan dan seorang nurse. 

Di awal kehidupannya di Seremban, pelajar tersebut memandu Naza Citra milik ibunya tetapi telah dipulangkan semula ke pangkuan keluarga akibat tersagat tembok parking rumah sewa pada minggu pertama dan dilanggar oleh seorang penunggang motorsikal di hadapan traffic light depan ofis. Sesudah menghilangkan kepercayaan ibunya, ayah membenarkan memandu keretanya pula. Seminggu memandu Honda Civic ke ofis menyebabkan ayah rasa tidak patut seorang pelajar praktikal memandu kereta luar negara dan akhirnya dibelikan sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Saga agar berbangga memandu kereta buatan tanah air tumpahnya darahku. 

Setiap sabtu selepas tamat waktu kerja, memandu pulang ke rumah dari Seremban ke Banting melalui Lebuhraya LEKAS tetapi kadang-kadang terpaksa menjemput sepupu di UKM Bangi untuk pulang bersama memandangkan rumahnya di Melaka dan rumah nenek hanya di sebelah rumah pelajar tersebut. Hujung minggu mereka dihabiskan dengan PS3 Gran Turismo, Need for Speed kadang-kadang WWE, Plant vs Zombie telah dilupakan. Kadang-kadang melayan Astro First. Setiap pagi Isnin racing balik ke UKM menghantar sepupunya dan meneruskan perjalanan ke Seremban.

Hobi pelajar tersebut adalah jalan-jalan cari pasal dengan budak-budak ofis selepas waktu kerja. Sudah hampir khatam setiap jalan Seremban dan semua port makan yang menarik seluruh Seremban. Hari berganti hari, bulan berganti bulan akhirnya sudah hampir 28 Februari 2011, hari terakhir untuk berpraktikal. Kenangan di Seremban tidak mungkin saya lupakan.


Begitulah flashback saya.

Siapa setuju entri ini bosan gila babeng, sila angkat tangan macam sayaa.


6 comments:

Anonymous said...

ni sume penangan mak limah..ekekekeke..=)

Leyha said...

wuissshhh . penangan mobie hantu kak limah nie sungguh berkesan! hehehe .

niesz said...

hehehe..bnyk kenangan time praktikal last year.. :)

Perempuan Kachak said...

the bee & the white roses: hehe, taw xpe. usop is the best! :DD

lehaMY: berkesan sangat2 sampaikan semua skrip pun hafal. haha

niesz: mula2 nk praktikal rasa cam bosan je, xbes la bagai. tp da lama2 cmni, syg lak nak tggalkan ofis tu :')

omeyfatin said...

hahaha...ptot tuka2 kete..huhuhu...windu nnt kt sally...waaaaaaaaaaa... sob..sob..

Perempuan Kachak said...

kak omeyy. haha:D begitulah flashback saye:D okay, rindu kak omey gak!