Entri masuk dapur ni dah sampai episod ke 4, tajuk entri macam cerita pasal resipi. Padahalll.. Tadi sengaja bukak nuffnang, kot-kot dapat duit raya. Tiba-tiba ada sesuatu yang aku dah duga.
Aku dah agak dah. Cis. Takpe-takpe, nak hambik sangat chef kachak tu, hambik la. Tapi korang kenal ke penerbit 5 Rencah 5 Rasa tu? Intan Suraya bawah ni.
Seee, nampak tak kakak angkat (dan-dan terus jadi kakak angkat) mention aku kat twitter dia? Kalau nak ambil hati chef dia pastilah kena ambil hati penerbit rancangan dulu okay.
Sempena lebaran ini aku nak minta maaf dari hujung pashmina ni sampai hujung wedges pink pegi kelas merangkap kasut raya sekali, kepada blog readers blog ini yang tak seberapa, merepek meraban je yang ada. Terima kasih kerana tekan iklan yang kebanyakannya aku yang tekan sendiri, jadi followers, jadi stalkers *ada ke? kau ingat artis?
Selamat Hari Raya Aidilfitri *hari ke-5
Maaf Zahir Batin. :)