Perempuan Kachak

Showing posts with label driving crazy. Show all posts
Showing posts with label driving crazy. Show all posts

Friday, September 2, 2011

#MasukDapur : Tapi Takde Resipi

Entri masuk dapur ni dah sampai episod ke 4, tajuk entri macam cerita pasal resipi. Padahalll.. Tadi sengaja bukak nuffnang, kot-kot dapat duit raya. Tiba-tiba ada sesuatu yang aku dah duga.



Aku dah agak dah. Cis. Takpe-takpe, nak hambik sangat chef kachak tu, hambik la. Tapi korang kenal ke penerbit 5 Rencah 5 Rasa tu? Intan Suraya bawah ni.



Seee, nampak tak kakak angkat (dan-dan terus jadi kakak angkat) mention aku kat twitter dia? Kalau nak ambil hati chef dia pastilah kena ambil hati penerbit rancangan dulu okay. 

Sempena lebaran ini aku nak minta maaf dari hujung pashmina ni sampai hujung wedges pink pegi kelas merangkap kasut raya sekali, kepada blog readers blog ini yang tak seberapa, merepek meraban je yang ada. Terima kasih kerana tekan iklan yang kebanyakannya aku yang tekan sendiri, jadi followers, jadi stalkers *ada ke? kau ingat artis?


Selamat Hari Raya Aidilfitri *hari ke-5

Maaf Zahir Batin. :)

Sunday, February 27, 2011

Final Race

Akhirnya sampai juga 28 Februari 2011, tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya berpraktikal di Seremban seorang diri jauh daripada keluarga. Dah nak habis macam ni baru reti balik Banting lalu jalan dalam. Apedaa, kalau dari dulu tahu, mesti dah dapat save duit tol buat kahwin.

Ada banyak pilihan untuk ke Seremban dari Selangor terutamanya dari Banting.


Pilihan pertama: Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS)

Pada pandangan aku, kalau anda nak pergi Senawang dari Kajang, LEKAS adalah jalan paling cepat. Nama pun LEKAS, kalau tak lekas juga pergi bakar highway tu. Kita bako! kita bako!
Kelebihan : Tak sesak, boleh memandu sambil berhenti tepi jalan ambil gambar sebab pemandangan dia super duper cun! Cuba lah lalu LEKAS.
Kekurangan: Tak ada RNR yang menarik sepanjang lebuhraya. Tak ada Petrol Pam, nasib lah kalau-kalau minyak cukup-cukup untuk memandu 35km/j.
Bayaran tol: Rm 2.50 (tol Pajam-Setul) + Rm 1.90 (tol Setul-Ampangan) = Rm4.40


 (macam tak aci pula starting point kat KLIA, ni semua salah google sebab tak update LEKAS lagi)


Pilihan Kedua: Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Plus adalah pilihan tepat untuk sesiapa yang kaki racing dengan lori hantu dan bas dua tingkat. Lebuh raya penuh sesak ditambah selalunya ada kemalangan ngeri membolehkan anda mengupdate blog di dalam kereta sampai menunggu jammed teruk reda.
Kelebihan: RNR meriah mak datuk, boleh bersantai bagai sambil menonton perlawanan Piala Suzuki bagai. Drive Thru untuk sesiapa yang berat punggung nak keluar kereta pun ada. Makan apa nak semua settle.
Kekurangan: Tempat glamor kemalangan ngeri dan kalau musim perayaan tak payah berangan masuk PLUS.
Bayaran tol: Rm4.60 (tol Bangi-Seremban) maaf lah ye, dari Nilai ke Seremban tak ingat berapa ringgit XD


(jalan pangkah-pangkah tu kalau nak hantar cousin aku ke UKM, kalau tak, lalu jalan bawah)


Pilihan ketiga: Jalan dalam (Klia-Sendayan-Seremban 2-Seremban)
Ini jalan untuk sesiapa gilakan Need For Speed, mula masuk dari KLIA, kemudia Sepang Circuit, jalan kebun getah Sendayan, keluar ke Seremban 2 dan terus ke Seremban. Ada berani? Laluan paling cepat & jimat untuk ke Seremban dari Banting.
Kelebihan: Tak ada tol, durian tepi jalan gila bapak banyak, mencabar skill memandu sambil memintas lori getah skrap di jalan sempit. Kau boleh?
Kekurangan: Sunyi gila jalan, tapi sekarang dah ramai lalu dah. Senang sesat kalau tak mahir geografi.
Bayaran tol: Tiada




Antara semua, pilihan ketiga adalah pilihan no 1 aku. Jimat minyak dan duit.

Ucapan semoga berjaya kepada junior-junior yang senasib dengan aku yang terpaksa berpraktikal jauh daripada rumah. Pilihan di tangan anda. :)