Perempuan Kachak

Sunday, August 14, 2011

#MasukDapur : Resipi Butterprawn & Yam Basket



 Tak terlambat rasanya kalau nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan walaupun masing-masing dah tukar ringtone smart-phone masing-masing kepada lagu "Sesuci Lebaran" atau "Dari Jauh Ku Mohon Maaf" untuk yang tidak dapat pulang beraya. Atau nak lebih terasa, Selamat Menyambut 10 Malam Terakhir dan Mencari Lailatulqadar. Amacam? dah berapa juzuk tadarus quran? 

Bila bulan puasa kembali, perasaan dia bukan macam Alam Ria Cuti Sekolah kembali macam kat TV3 tu. Dia perasaan lain macam sikit. Lagi-lagi bila bukak tv, bukak blog, bukak majalah. Semua nak jadi emosi. Okay, selamat berbuka puasa, eh bukan sekarang tahu, nanti bila dah azan maghrib.



BUTTER PRAWN - Resipi


 credit : google
Butter Prawn Recipe

Recipe:
Ingredients:
250 gm king prawn
3 eggs yolk
1 cup cooking oil
3 spoon butter
2 teaspoon milk
3 cloves of garlic (chopped)
1 chilli (chopped)
Several pieces of curry leaves
White pepper and salt


1. Fry dried king prawn until brown using ½ cup cooking oil.
2. Heat up another ½ cup cooking oil + 3 spoon of butter in a frying pan.
3. Mix eggs yolk (WITHOUT white eggs) with 2 teaspoon of fresh milk.
4. Slowly pour no.3 to no.2 with constantly stirring the oil. Keep stirring until it gets crispy. (tuang telur dr hujung tupperware yg tajam contohnya supaya telur jatuh sikit demi sikit & halus)
5. Put in chopped chilli & garlic and curry leaves with constantly stirring. DON’T STOP stirring them. Put also some salt & white pepper. The frying pan will be full of foam, don’t worry about that ;p
6. Fry until it gets crispy then turn off the heat. Filter off the oil and get the crispy yolk pieces and serve it with the prawn.






YAM BASKET - Resipi

credit: google

Yam Basket Recipe 
Ingredients: Serves 7

Cooking oil
800g yam (cut into approximately 1/2cm thick and 4cm long straight strips)
1 tsp white pepper
1 tsp corn starch

1 tsp chopped garlic and ginger
200g chicken breast cut into cubes and marinate with 1 tsp five spice powder
100g button mushrooms
2 pieces Shitake mushrooms (soak in hot water until soft and cut into strips)
100g young corn
1 big onion
1 carrot
1 tomato
250ml. water
sugar, salt to taste


Method:
Mix well yam with pepper and corn starch. Heat oil in a wok. Use a 9" diameter metallic sieve, arrange the yam strips. Put another smaller metallic sieve on top of the arranged yam strips. Deep fry until the strips are crispy.

Leave 4 tbsp oil in the wok, fry garlic and ginger, add in the chicken, fry for about 4 minutes, add the water, cover and simmer until chicken is tender. Add button mushroom, Chinese mushrooms, young corn, onions and carrot. Cook for further 5 minutes. Sprinkle pepper and a little sugar. Mix well. Add salt to taste. Pour the chicken mixture into the yam basket. Serve hot.


Atau kalau nak tukar lauk dalam yam basket tu, aku ada resipi lain.



Chili Shrimps In Yam Basket Recipe

Ingredients:
1 lb medium size shrimps (remove shell)
3 tbsp of cooking oil
2 tbsp ground onions
2 tsp of ground chilies
1.5 chopped garlic or chopped ginger
2 tbsp tomato sauce
1.5 tsp chili sauce
1 tsp tamarind mixed with 1/2 pint of water (strain well)
1 tbsp corn flour
1/2 lettuce (cut into thin strips)


Directions:
Heat cooing oil in pan. Put in ground onions, chopped garlic and fry for about 2 minutes. Add in ground chilies and fry the shrimps together with garlic, ginger and onions. Mix in tamarind water, sweet chili sauce, tomato sauce, sugar and fry for 3 minutes. Thicken gravy with corn flour and simmer for 2 to 3 minutes. Put chili shrimps in the yam basket. Serve while hot.



ATAU resipi ini.

Chicken In Yam Basket Recipe

Ingredients:
8 oz water chestnuts
6 oz chicken meat, cubes
1/2 cup mixed beans
Cooking oil for frying
2 oz cashew nuts, roasted
1 tsp onions, chopped
1 tsp sesame oil
Salt and pepper to taste
1/4 lb button mushrooms, sliced thinly

Directions: Heat 1 tbsp cooking oil in frying pan. Add onion. Fry until soft. Add chicken, salt, pepper and sesame oil. Then put in water chestnuts, mixed beans and button mushrooms. Fry for 3 minutes. Place the chicken mixture into the yam nests. Garnish with cashew nuts. Serve hot.


 Okay, jangan emosi terhadap blog aku sebab ada banyak gambar makanan besar-besar. Pertama kali makan Butter Prawn & Yam Basket ni kat Klang Executive Club ada family gathering beberapa tahun lepas :) Sangat-sangat sedap! Sila lap air liur anda yang menitis atas ipad masing-masing dan pergi ke pasar untuk cari bahan-bahan resipi ini sekarang!

Ya! aku cakap SEKARANG! 
tata, selamat berbuka! *azan maghrib nanti okayy.

Sunday, July 10, 2011

Peludah Warna : by A Samad Said

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID

:')

Monday, March 14, 2011

Sibuk Menyibuk

Malas nak bagitahu kenapa dah lama tak update blog. Malas juga nak tiup sawang dan debu kat blog ni. Kejap lagi bersawang balik =.=" Hidup sekarang ni terlampau beraktiviti, sampai tak tahu nak update apa. Bangun tidur, buat sarapan, makan, sidai baju, tengok tv, tukar ps3, main game Chocolatier, kalau rajin sikit masak resipi baru. Haritu baru masak Baked Cheesy Macaroni. Tapi malulah nak tunjuk. Hangus sikit ditambah dengan keju Cheddar yang sepatutnya guna Mozarella. Nak buat macam mana, duduk pedalaman nak naik rakit bagai nak pergi kedai. Acah mak enon.

Ini serius! ingat main Chocolatier tu senang ke? Kena pasang strategy semua tahu. Kalau main ikut suka je konfem bankrup dan tak cukup duit nak run business.


Mula-mula pilih Story Mode, lepas tu buat profile baru dan design logo company & company name macam ni. Letak lah nama sendiri takpun nama cik abang pun boleh. Hehe




Lepas design logo company semua bolehlah mula main. Round seluruh dunia cari bahan untuk buat coklat.



Bolehlah beli bahan banyak-banyak kalau murah, kalau mahal boleh tawar-menawar. Tapi jangan sampai tokey marah buat muka bengis sudahh.



Dah ada bahan-bahan barulah boleh buat coklat okay :) Kalau dah banyak coklat yang siap, boleh jual dapat banyak duit. Pakcik Kayo!!



Kalau singgah Buenos Aires, ada professor offer beli lab dia untuk buat kajian tentang resepi rahsia buat coklat. Macam-macam perasa boleh cuba. Pergh..




Nampak tak bagaimana sibuknya aku selepas habis praktikal?

Monday, February 28, 2011

Tears on Seremban land

Praktikal dah habis tapi muka tak malu ni masih berada di Seremban untuk sehari extra. Nak siapkan report sikit dan sign bos. Hari yang budak-budak praktikal ini tunggu dah sampai masa. Tapi tak tahu kenapa malam tadi tak boleh lelap mata. Malam terakhir di Seremban. 

Pagi-pagi tengok MHI sebelum mandi tiba-tiba tertonton video klip ini. (cuba cari subtitle dia)
Mesti tonton! kau akan rasa sesuatu.

Menitis lagi. :') sob sob. 

Jutaan terima kasih kepada
Acik Ijut
Kak Sa
Kak Shikin
Shu
Kak Sha
Kak Aini
Kak Ati
Irsyad
Wan
Bos En Nazri
Kak Noor

Kalau ada jodoh, insyaallah kita jumpa lagi :')

Sunday, February 27, 2011

Wajah Kesayangan Hamba

Tiba-tiba budak office pasang lagu ni melalui Nogori FM. Kan dah terupdate blog dua kali =.=''



Lirik Lagu Wajah Kesayangan Hamba - Hail Amir


Inginku milik kasih... ayu jelita
wajah cantik berseri
sinar cahaya
sopan santun berbudi

bergaya sederhana
halus tutur bahasa 
sungguh mulia

Rambut panjang terurai... bagai sutera
hias bunga sekuntum
tambah jelita
bibir merah delima

merdu alun suara
penambat jiwa nan lara
rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
alis matanya lentik
sekali mataku memandang
hati tertawan

Wajahnya mempersona
tiada lagi tandingan
bagai dewi menjelma
jadi temanku

datanglah wahai pujaan
datang padaku
lukisan wajah kasih
di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
dengan cinta nan mesra
wajah kesayangan hamba



Alahai, bestnya dengar lagu-lagu oldschool macam ni. Teringat zaman muda mudi. 
*Ima, jangan kantoikan kau dah tua!


Tak ada siapa-siapa nak tujukan lagu ni kat aku ke?
*dush! tumbukan padu

Final Race

Akhirnya sampai juga 28 Februari 2011, tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya berpraktikal di Seremban seorang diri jauh daripada keluarga. Dah nak habis macam ni baru reti balik Banting lalu jalan dalam. Apedaa, kalau dari dulu tahu, mesti dah dapat save duit tol buat kahwin.

Ada banyak pilihan untuk ke Seremban dari Selangor terutamanya dari Banting.


Pilihan pertama: Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS)

Pada pandangan aku, kalau anda nak pergi Senawang dari Kajang, LEKAS adalah jalan paling cepat. Nama pun LEKAS, kalau tak lekas juga pergi bakar highway tu. Kita bako! kita bako!
Kelebihan : Tak sesak, boleh memandu sambil berhenti tepi jalan ambil gambar sebab pemandangan dia super duper cun! Cuba lah lalu LEKAS.
Kekurangan: Tak ada RNR yang menarik sepanjang lebuhraya. Tak ada Petrol Pam, nasib lah kalau-kalau minyak cukup-cukup untuk memandu 35km/j.
Bayaran tol: Rm 2.50 (tol Pajam-Setul) + Rm 1.90 (tol Setul-Ampangan) = Rm4.40


 (macam tak aci pula starting point kat KLIA, ni semua salah google sebab tak update LEKAS lagi)


Pilihan Kedua: Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Plus adalah pilihan tepat untuk sesiapa yang kaki racing dengan lori hantu dan bas dua tingkat. Lebuh raya penuh sesak ditambah selalunya ada kemalangan ngeri membolehkan anda mengupdate blog di dalam kereta sampai menunggu jammed teruk reda.
Kelebihan: RNR meriah mak datuk, boleh bersantai bagai sambil menonton perlawanan Piala Suzuki bagai. Drive Thru untuk sesiapa yang berat punggung nak keluar kereta pun ada. Makan apa nak semua settle.
Kekurangan: Tempat glamor kemalangan ngeri dan kalau musim perayaan tak payah berangan masuk PLUS.
Bayaran tol: Rm4.60 (tol Bangi-Seremban) maaf lah ye, dari Nilai ke Seremban tak ingat berapa ringgit XD


(jalan pangkah-pangkah tu kalau nak hantar cousin aku ke UKM, kalau tak, lalu jalan bawah)


Pilihan ketiga: Jalan dalam (Klia-Sendayan-Seremban 2-Seremban)
Ini jalan untuk sesiapa gilakan Need For Speed, mula masuk dari KLIA, kemudia Sepang Circuit, jalan kebun getah Sendayan, keluar ke Seremban 2 dan terus ke Seremban. Ada berani? Laluan paling cepat & jimat untuk ke Seremban dari Banting.
Kelebihan: Tak ada tol, durian tepi jalan gila bapak banyak, mencabar skill memandu sambil memintas lori getah skrap di jalan sempit. Kau boleh?
Kekurangan: Sunyi gila jalan, tapi sekarang dah ramai lalu dah. Senang sesat kalau tak mahir geografi.
Bayaran tol: Tiada




Antara semua, pilihan ketiga adalah pilihan no 1 aku. Jimat minyak dan duit.

Ucapan semoga berjaya kepada junior-junior yang senasib dengan aku yang terpaksa berpraktikal jauh daripada rumah. Pilihan di tangan anda. :)

Thursday, February 24, 2011

Sisa-sisa masa

Shut up no shut up (diam tak diam), dah tiga bulan duduk Seremban. Untuk sesiapa yang baru terbaca blog ini, aku akan review balik macam mana aku boleh tercampak ke negeri orang ini. *blah lah weyy, negeri sembilan je kott.

Once upon a time,
Seorang pelajar semester akhir Kolej Professional Mara Beranang mencari tempat untuk Latihan Industri atau praktikal untuk kos perakaunan selama 3 bulan. Memandangkan pelajar itu adalah anak jati selangor kacukan nogori sombilan, seluruh selangor telah dijejaki dan di survey mana tahu kot-kot ada tempat praktikal. Tetapi apakandaya disebabkan tindakan last minute pelajar tersebut kerkial-kial menelefon semua Audit Firm, Accounting Firm akhirnya menemui jalan buntu. 

Disebabkan pelajar itu adalah kacukan nogori sombilan, terdetik di hati pelajar tersebut mencari firma untuk berpraktikal di Seremban. Pada suatu hari seorang kakak sekelas pelajar tersebut, Kak Jan bukan nama sebenar mengajaknya menemani ke sebuah firma di Seremban untuk menghantar resume, dan dia menyuruh pelajar tersebut menghantar resume sekali memandangkan pelajar tersebut masih belum mendapat tempat. 

Tuah menyebelahi mereka dan firma tersebut bersetuju menerima mereka sebagai pelajar praktikal. Disebabkan pelajar tersebut seorang anak manja yang mengada-ngada walaupun seorang anak sulung, dia tak nak duduk rumah sewa bersama dengan Kak Jan yang berada di belakang ofis. Mujurlah ikatan saudara-mara yang kuat antara pelajar tersebut dengan sepupu ayahnya seorang akauntan di Audit Firm berdekatan membolehkan dia menumpang teduh selama 3 bulan. Rumah sewa 2 tingkat 4 bilik di Taman Tasik Jaya Senawang itu menjadi rumah kedua pelajar tersebut yang didiami oleh makciknya, si akauntan, seorang pegawai kesihatan dan seorang nurse. 

Di awal kehidupannya di Seremban, pelajar tersebut memandu Naza Citra milik ibunya tetapi telah dipulangkan semula ke pangkuan keluarga akibat tersagat tembok parking rumah sewa pada minggu pertama dan dilanggar oleh seorang penunggang motorsikal di hadapan traffic light depan ofis. Sesudah menghilangkan kepercayaan ibunya, ayah membenarkan memandu keretanya pula. Seminggu memandu Honda Civic ke ofis menyebabkan ayah rasa tidak patut seorang pelajar praktikal memandu kereta luar negara dan akhirnya dibelikan sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Saga agar berbangga memandu kereta buatan tanah air tumpahnya darahku. 

Setiap sabtu selepas tamat waktu kerja, memandu pulang ke rumah dari Seremban ke Banting melalui Lebuhraya LEKAS tetapi kadang-kadang terpaksa menjemput sepupu di UKM Bangi untuk pulang bersama memandangkan rumahnya di Melaka dan rumah nenek hanya di sebelah rumah pelajar tersebut. Hujung minggu mereka dihabiskan dengan PS3 Gran Turismo, Need for Speed kadang-kadang WWE, Plant vs Zombie telah dilupakan. Kadang-kadang melayan Astro First. Setiap pagi Isnin racing balik ke UKM menghantar sepupunya dan meneruskan perjalanan ke Seremban.

Hobi pelajar tersebut adalah jalan-jalan cari pasal dengan budak-budak ofis selepas waktu kerja. Sudah hampir khatam setiap jalan Seremban dan semua port makan yang menarik seluruh Seremban. Hari berganti hari, bulan berganti bulan akhirnya sudah hampir 28 Februari 2011, hari terakhir untuk berpraktikal. Kenangan di Seremban tidak mungkin saya lupakan.


Begitulah flashback saya.

Siapa setuju entri ini bosan gila babeng, sila angkat tangan macam sayaa.